ARTIKEL

Rogol berkumpulan: Tertuduh dibawa keluar dari bilik mahkamah oleh anggota polis.

Mahkamah hukum penjara 15 tahun bagi dua perogol remaja perempuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua rakan masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana melakukan rogol berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan dalam sebuah hotel bajet, 30 Januari lalu.

Tertuduh pertama Azrin, 21, dan tertuduh kedua Tajudin, 35, masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan bersama di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun enam bulan.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah hotel bajet di Jalan Sekama, sekitar jam 4.30 pagi, 30 Januari lepas.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Azrin, pekerja di sebuah kilang tepung mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di tempat yang sama, jam 4.00 pagi, pada 30 Januari lalu.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan terhadap Azrin, selain memerintahkan membayar pampasan sebanyak RM3,000 hari ini.

Jika tertuduh gagal membayar denda hendaklah dipenjara enam bulan.

Manakala, di Mahkamah Sesyen lain, Tajudin bekerja sebagai tukang kebun sekolah didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan, kerana merogol remaja perempuan berusia 14 tahun enam bulan di hadapan rakan mangsa dan rakan sejenayahnya.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan terhadap tertuduh.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bagi kesemua pertuduhan berjalan secara serentak berkuat kuasa hari ini.

Menurut fakta kes, hasil siasatan mendedah pengadu merupakan bapa mangsa berusia 14 tahun membuat laporan polis tentang anaknya yang telah dirogol oleh sekumpulan lelaki.

Kejadian bermula daripada perkenalan mangsa berusia 16 tahun dengan Azrin ketika melepak di stadium lalu bertukar nombor telefon serta pernah keluar beberapa kali.

Pada 30 Januari lalu, kedua-dua mangsa yang hidup berjiran telah keluar bersama seorang lagi rakan perempuan bernama Ren yang dikenali melalui aplikasi tiktok menggunakan sebuah kenderaan menuju ke Pengkalan Sapi untuk melepak.

Semasa melepak, salah seorang mangsa menegur Azrin dan abang angkatnya Tajudin lalu lepak bersama-sama. Manakala Ren hanya menunggu di kereta.

Mereka melepak sehingga jam 3.00 pagi, selepas kedua-dua tertuduh beredar dari tempat tersebut.

Rakan mereka yang dalam keadaan marah lalu menghantar kedua-dua mangsa ke Tebingan Sungai Kuching.

Kemudian, salah seorang mangsa menghubungi Azrin untuk menjemput mereka pulang.

Apabila hari telah lewat malam, kedua-dua tertuduh membawa kedua-dua mangsa menempah bilik di sebuah hotel bajet.

Semasa sedang tidur, Tajuddin mengangkat mangsa berusia 14 tahun ke atas katil lalu merogolnya.

Kemudian, Azrin yang ghairah melihat perbuatan rakannya, lalu merogol mangsa berusia 16 tahun. 

Selepas itu, kedua-dua tertuduh merogol mangsa berusia 14 tahun secara bergilir-gilir sambil disaksikan rakan mangsa.

Semasa dalam siasatan, kedua-dua mangsa turut dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan pemeriksaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chuah Kai Sheng, DPP Adriana Maisarah Mohd Farid dan DPP Ruvinasini Pandian.

Siasatan kes dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Ain Wong Abdullah.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat