ARTIKEL

Majang meninjau gerai pameran usai merasmikan program Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Banteras Amalan Penggajian Buruh Paksa sempena Labour Go Rural Area Programme 6.0, 2025 di Dewan Suarah Bintulu, pada Rabu.

Majikan diseru patuh undang-undang, elak eksploitasi pekerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Semua majikan di negeri ini digesa agar memandang serius tanggungjawab mereka dalam mematuhi peraturan buruh serta mengelakkan amalan yang boleh membawa kepada eksploitasi pekerja, khususnya berkaitan isu buruh paksa.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi berkata, pengambilan buruh secara paksa bukan sahaja satu kesalahan di sisi undang-undang negara, malah turut menjejaskan maruah manusia serta boleh mendatangkan kesan buruk kepada organisasi yang terlibat.

“Ingatlah, pengambilan buruh paksa bukan sahaja melanggar undang-undang negara tetapi juga menjejaskan maruah serta menimbulkan risiko undang-undang kepada mana-mana organisasi atau individu yang terlibat,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Banteras Amalan Penggajian Buruh Paksa sempena Labour Go Rural Area Programme 6.0, 2025 di Dewan Suarah Bintulu, pada Rabu.

Beliau turut menggesa para pekerja agar lebih peka terhadap hak-hak mereka dan berani membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku pelanggaran oleh majikan terhadap undang-undang buruh yang telah ditetapkan, sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

Majang merakam gambar bersama peserta dan pempamer yang mengambil bahagian dalam program Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Banteras Amalan Penggajian Buruh Paksa sempena Labour Go Rural Area Programme 6.0, 2025 di Dewan Suarah Bintulu, pada Rabu.

Tegas Majang, yang juga ADUN Samalaju, kerjasama antara majikan, pekerja dan pihak berkuasa amat penting dalam memastikan wujudnya persekitaran kerja yang selamat, sihat dan beretika di seluruh Sarawak.

“Saya berharap program hari ini dapat mencapai matlamatnya dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman semua pihak berkenaan isu buruh paksa.

“Marilah kita sama-sama berganding bahu, patuh kepada undang-undang serta berpegang kepada prinsip keadilan dan kemanusiaan demi membina Sarawak yang lebih maju, makmur dan sejahtera,” tambahnya lagi.

Lebih 300 orang terdiri daripada majikan dan golongan pekerja dari pelbagai sektor di sekitar Bintulu menghadiri program sehari anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Pengarah JTK Sarawak, Awang Raduan Awang Omar hadir sama.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira