ARTIKEL

Mohd Shukri Ramli | BERNAMA

MB Perlis beri keterangan hampir sembilan jam di SPRM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hari ini memberi keterangan hampir sembilan jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Kenderaan Toyota Noah yang membawa beliau dilihat meninggalkan pekarangan SPRM pada 6.55 petang ini selepas hadir memberi keterangan pada 9.50 pagi tadi bagi siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.

“Macam-macam kes, saya pun tak pasti (disiasat di bawah akta apa),” kata Pesuruhjaya PAS Perlis itu secara ringkas kepada media ketika ditanya berhubung perkembangan siasatan dan akta berkaitan.
 
Ditanya sama ada beliau akan dipanggil lagi ke Ibu Pejabat SPRM selepas ini untuk dirakam percakapan, beliau hanya menjawab “tidak ada”.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata Mohd Shukri dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini.
 
Dua hari lepas, SPRM mengesahkan pihaknya sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggarkan bernilai RM300,000.

Sumber SPRM berkata pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, dan syarikat itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan lima individu, termasuk anak Mohd Shukri, ditahan SPRM berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000. — BERNAMA

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road