ARTIKEL

Warga sekolah-sekolah Sri Aman merakam kenangan bersama.

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan Sri Samarahan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, semalam.

Kejayaan itu mencerminkan komitmen warga pendidikan daerah berkenaan dalam memperkasa pembelajaran digital serta meningkatkan kemahiran teknologi dalam kalangan murid.

Antara sekolah yang menyerlah ialah SMK Melugu apabila muncul johan kategori Penyunting TVPSS Terbaik Sekolah Menengah menerusi Twister Mesa, di bawah bimbingan Martin Engkamat Lawrin dan Mary Lementan Bhoo.

SMK Melugu turut meraih tempat ketiga kategori Skrip TVPSS menerusi Cleopatra Nala Franklin Abang, Pengarah TVPSS Terbaik menerusi Dallister Flin Ambrose Jawi serta Video TVPSS menerusi Dallister Flin Ambrose Jawi, Cleopatra Nala Franklin Abang, Carl Hillary Clinton Jabing, Twister Mesa dan Walter Lidam Dumy, dengan bimbingan Martin Engkamat Lawrin.

SMK Sri Aman pula meraih naib johan kategori Pembaca Bestari Sekolah Menengah Bahasa Melayu menerusi Awangku Saeed Muhamad Azimbin Awangku Nor Azman, di bawah bimbingan Rafidah Akil Ali.

Dalam kategori sekolah rendah, SJKC Chung Hua Simanggang memperoleh tempat kelima bagi kategori Pembaca Bestari Bahasa Inggeris menerusi Ethan Kiu Xia En, dengan bimbingan Ann Law Mao Ai.

Sementara itu, Christine Power Nyelang dari SK Abang Aing, Sri Aman, menerima Anugerah Ikon Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) atas sumbangannya dalam memacu pendidikan digital.

SMK Saint Luke turut menerima pengiktirafan menerusi Digital Competency Score (DCS), dengan Tan Syia Chuan diiktiraf dalam kategori murid Tingkatan Tiga dan Stancy Ngu Shi Ying bagi kategori murid Tingkatan Lima. Kedua-duanya diselaraskan oleh Nor Azman Tamit.

Sekolah itu turut menerima pengiktirafan DCS kategori sekolah menengah menerusi pengetuanya, Limok Shen. Pencapaian berkenaan mencerminkan usaha berterusan sekolah dalam meningkatkan kompetensi digital warga pendidik dan murid.

Kejayaan itu turut memperlihatkan kerjasama murid, guru pembimbing, guru penyelaras, pentadbir sekolah, ibu bapa dan seluruh warga pendidikan dalam membudayakan penggunaan teknologi secara berkesan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU