ARTIKEL

Pengerusi MPP, Tan Kai, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di MPP, Kota Padawan, Kuching, hari ini. - Foto: Mohd Alif Noni

MPP teliti hukuman khidmat masyarakat 12 jam bagi kesalahan buang sampah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan meneliti cadangan pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat selama 12 jam bagi individu yang melakukan kesalahan membuang sampah secara kecil-kecilan.

Pengerusi MPP, Tan Kai, berkata dasar tersebut setakat ini baru diumumkan untuk Semenanjung Malaysia, dan pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut sebelum membuat keputusan.

“Kita akan melihat keberkesanannya dahulu di Semenanjung Malaysia, dan jika ia membawa impak positif dalam mengurangkan masalah membuang sampah oleh individu yang tidak bertanggungjawab, barulah kita akan mempertimbangkan pelaksanaanya di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di MPP, hari ini.

Menurutnya, perkara ini masih belum dibincangkan secara rasmi, dan sebarang keputusan perlu diambil kira melalui mesyuarat penuh majlis serta rundingan dengan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Sebarang dasar baharu perlu mengambil kira keadaan di kawasan tempatan sebelum dilaksanakan.

“Jika pelaksanaannya terbukti berkesan dan selaras dengan keperluan Sarawak, Kerajaan Negeri mungkin akan mempertimbangkannya.

“Namun, jika didapati membawa kesan negatif, ia tidak akan diteruskan,” jelasnya.

Sebelum ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang melaksanakan perintah khidmat masyarakat selama 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan terhadap Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Menurut KPKT, individu yang gagal mematuhi perintah khidmat masyarakat boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM10,000, berbanding kuasa sedia ada di bawah akta berkaitan yang hanya memperuntukkan denda RM500 hingga RM2,000 atau penjara satu tahun.

#hukumankhidmatmasyarakat

#hukumbuangsampah

BERITA LAIN

RUAI

SUKAN

BERITA TERBARU

RUAI

SUKAN