ARTIKEL

MTPN Sarawak terima aduan maklumat tidak jelas pada bungkusan makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak memandang serius berkenaan aduan maklumat tidak jelas pada bungkusan makanan di sebuah kedai serbaneka di Kuching.

Menurut kenyataan MTPN Sarawak, pihaknya menerima aduan berkenaan perkara ini daripada beberapa ibu bapa.

“Ini menimbulkan kebimbangan… ia tidak menggunakan bahasa sesuai serta kandungan makanan yang diragui keselamatannya untuk kanak-kanak kerana bahasa sukar difahami,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Disebabkan itu, Yang di-Pertua MTPN Sarawak Wynson Ong turun padang untuk meninjau kedai serbaneka tersebut.

Antara bungkusan makanan ringan yang mempunyai maklumat sukar difahami oleh orang ramai.

Pemeriksaan awal mendapati kedai tersebut memang menjual makanan ringan dengan bungkusan yang menarik perhatian kanak-kanak, tetapi maklumat tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Ini terutamanya dari segi kejelasan maklumat dalam bahasa kebangsaaan mahupun bahasa yang difahami oleh pengguna tempatan serta pengesahan keselamatan produk.

Tegasnya, semua produk makanan import perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia seperti Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“MTPN Sarawak mengambil langkah untuk berhubung dan mengatur pertemuan bersama-sama agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat berkenaan syarat yang dipenuhi dan standard label bungkusan makanan tersebut.

“Kami ingin mengingatkan peniaga bahawa tanggungjawab mereka adalah untuk memastikan semua produk makanan yang dijual mematuhi undang-undang negara.

“Ibu bapa dan pengguna perlu sentiasa berhati-hati ketika membeli produk makanan terutama bagi kanak-kanak dan segera melaporkan sebarang keraguan kepada pihak berkuasa,” jelas kenyataan tersebut.

Justeru, sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau laporan lanjut, orang ramai boleh hubungi MTPN Sarawak di talian 017-7109299.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan