ARTIKEL

Awang Tengah ketika berucap (UKAS)

NCH RM6.8 Bilion Bakal Ubah Landskap Utara Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Projek Lebuhraya Pantai Utara (NCH) bernilai RM6.8 bilion bakal mengubah landskap pembangunan utara Sarawak dengan meningkatkan hubungan jalan raya dan merancakkan ekonomi setempat.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek mega itu akan menjadi pemangkin utama kepada pembangunan wilayah utara, menghubungkan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas hingga ke Sabah.

“Pelaksanaan NCH akan mempercepatkan masa perjalanan dan memudahkan pergerakan penduduk serta aktiviti ekonomi di sepanjang jajaran utama berkenaan.

“Projek ini akan membuka lebih banyak peluang dalam sektor perdagangan, pelancongan, pertanian, logistik serta perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap pada majlis pelancaran projek berkenaan yang disempurnakan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Menurut Awang Tengah, NCH bukan sekadar projek jalan raya, sebaliknya satu pelaburan strategik untuk membina masa depan wilayah utara sebagai pemacu pertumbuhan baharu negeri.

“Dengan peningkatan jaringan jalan raya, banyak kawasan baharu akan dibuka dan ini akan melonjakkan aktiviti ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat,” ujarnya.

Awang Tengah yang juga Pengerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) berkata, kerajaan negeri turut merancang jalan keselamatan sempadan dari Ba’ Kelalan ke Bario.

“Projek tersebut akan memperkukuh jaringan perhubungan dengan Kalimantan, Indonesia, seterusnya memperluas potensi kerjasama rentas sempadan di bawah pelan pembangunan Borneo,” jelasnya.

Katanya, pelaksanaan NCH akan turut menjadi koridor bagi pemasangan infrastruktur lain seperti kabel gentian optik, talian elektrik dan saluran paip air, sekali gus memudahkan kerja penyediaan utiliti pada masa depan.

“Ini bukan sahaja memudahkan penyediaan kemudahan asas, tetapi juga memastikan kawasan luar bandar tidak tertinggal dalam arus pembangunan moden,” katanya.

Beliau menjelaskan, keseluruhan projek NCH dibahagikan kepada lima seksyen dan melibatkan lebih 3,000 pekerja tempatan serta penggunaan teknologi pembinaan moden.

“Antaranya termasuk pembinaan jejambat melebihi satu kilometer panjang bagi menyesuaikan struktur jalan dengan bentuk muka bumi mencabar di kawasan tersebut.

“Apabila rangkaian jalan raya dan kemudahan CIQ (Kastam, Imigresen dan Kuarantin) dipertingkatkan, wilayah utara Sarawak mampu muncul sebagai hab pelancongan dan pelaburan serantau,” katanya.

Beliau optimis kawasan berkenaan berpotensi menjadi pintu masuk ekonomi baharu yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei, dengan peluang mewujudkan zon ekonomi khas, pembangunan sempadan bersama serta pelancongan rentas sempadan.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road