ARTIKEL

Gerawat menyampaikan geran kepada bendahari persatuan Andy sambil disaksikan ahli lain

NSJA terima geran RM5,000, penghargaan untuk pengamal media

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) menerima geran berjumlah RM5,000 daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, sebagai sokongan kepada aktiviti persatuan tersebut.

Presiden NSJA, Chai Chon Chin, berkata sumbangan itu amat bermakna dalam memperkasakan peranan persatuan, khususnya dalam menghargai pengamal media yang telah memberi sumbangan besar kepada industri kewartawanan di utara Sarawak.

“Sebagai sebahagian daripada sambutan jubli emas ini, NSJA akan mengadakan Majlis Makan Malam Gala bagi menghargai jasa bekas presiden serta pengamal media yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jennifer menyampaikan surat jemputan Majli makan malam Gala kepada Gerawat

Difahamakn, cek tersebut diserahkan dalam satu kunjungan hormat ahli NSJA ke pusat khidmat beliau di Jalan Bypass Miri.

Rombongan itu diketuai oleh Setiausaha NSJA, Jenifer Laeng, bersama beberapa ahli jawatankuasa persatuan.

Dalam pertemuan itu, NSJA turut menyerahkan surat jemputan kepada Gerawat bagi menghadiri majlis makan malam tersebut.

Untuk rekod majlis makan malam dijadualkan berlangsung pada 25 April di Mega Hotel Miri, menghimpunkan ahli-ahli NSJA serta jemputan khas sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang kepada industri kewartawanan di utara Sarawak.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira