
Haziq Ahmad Zaki Mohamad Zulkipli merupakan penulis, deklamator dan aktivis teater istimewa. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan sijil dan diploma di Kolej Agama Madrasah Al-Islamiah, kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).Merupakan mantan guru agama Sekolah Agama Al-Falah Al-Islamiah. Ahli seumur hidup Persatuan Karyawan Sastera Sarawak dan bergiat aktif dalam pertubuhan seni, sastera dan kebajikan. Pernah bergiat aktif dalam pergerakan pengakap sejak dibangku sekolah sehingga ke peringkat universiti. Menulis lebih 10 buku termasuk kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, cerita kanak-kanak dan sebagainya, dan banyak menerima pelbagai anugerah dalam bidang sastera dan seni terumata seni persembahan seperti seni deklamasi puisi, seni deklamasi lakon dan seni lakon teater monodrama peringkat negeri dan kebangsaan.Karya-karya ecerannya seperti puisi, cerpen, cerita fantasi dan cerita kanak-kanak sering keluar di dalam Wadah Bahasa dan Sastera Utusan Sarawak, Utusan Borneo, Berita Harian, Majalah Dewan Siswa, Majalah Tunas Cipta, Suara Sarawak dan sebagainya. Cabang sastera dan seni lain juga turut diceburi seperti seni lagu, seni muzik, seni lukis dan sastera tradisional seperti puisi syair dan pantun.
HARI-HARI SEMUT MASUK KE DALAM RUMAH
Semut,
Oh semut.
Kenapa engkau
Masuk saja
Ke dalam rumahnya
Adakah engkau ada
Sebab semata-mata
Hendak mencari bahagia
Dengan makanan
Dan minuman
Di atas meja?
KENANGAN SUKMA 2016
Kenangan,
Pada masa lalu
Sangat indah
Semasa
Sukan besar negara
Sedang membuka
Tirainya
Di Bandar Raya Kuching
Pada tahun 2016
Yang lalu
MEMORI KELAPA DAN KAMPUNG BUNTAL
Memori
Semasa bersama
Dengan keluarga
Menikmati buah kelapa
Dan isinya
Di Kampung Buntal
Indahnya petang hari
Pada waktu itu



