ARTIKEL

SAR…Operasi SAR Denickles diteruskan pagi tadi.

Operasi SAR Denickles masuk hari ketiga di Sungai Skrang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki berusia 20 tahun yang dikhuatiri lemas di Ulu Sungai Skrang, Trusan Siti Tisak diteruskan memasuki hari ketiga dengan tumpuan pencarian diperluas di sepanjang aliran sungai sejauh tujuh kilometer.

Mangsa, Denickles Lesen, dilaporkan hilang pada petang Rabu selepas bot laju yang sedang diuji dipercayai karam sebelum dia dilihat terkapai-kapai di permukaan air dan seterusnya tenggelam daripada pandangan saksi.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I (PBl I) Abang Muhammad Fhazil Abang Abdul Manaf, susulan panggilan kecemasan yang diterima sekitar jam 4.12 petang, pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak tiba di lokasi kira-kira 33 minit kemudian bagi memulakan operasi awal di kawasan kejadian yang terletak sekitar 21 kilometer dari balai.

“Pencarian hari ketiga dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan penyelarasan strategi melibatkan pencarian di permukaan air menggunakan bot, selain pembahagian sektor hulu dan hilir sungai bagi meningkatkan keberkesanan usaha mengesan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, Unit K9 bomba turut digerakkan dengan bantuan anjing pengesan kadaver bagi membantu mengesan petunjuk di kawasan sungai yang mempunyai arus dan kedalaman tidak menentu selain dipenuhi struktur semula jadi yang menyukarkan pencarian.

Operasi SAR ini, katanya, melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA serta penduduk kampung yang menggunakan perahu masing-masing untuk menyertai pencarian di kawasan sekitar lokasi mangsa kali terakhir dilihat.

“Operasi diteruskan secara terkawal dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan anggota memandangkan faktor arus sungai dan keadaan persekitaran yang mencabar.

“Orang ramai khususnya penduduk setempat di Sungai Skrang diminta menyalurkan sebarang maklumat sekiranya menemui petunjuk baharu bagi membantu mempercepatkan usaha menemukan mangsa,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU