MENJELANG Sukan SEA 2027, Sarawak bukan sahaja perlu memacu persiapan dari sudut infrastruktur, logistik dan keupayaan mengendalikan temasya berskala antarabangsa, malah wajib memastikan satu lagi perkara yang jauh lebih penting, iaitu integriti dalam sukan.
Sebagai tuan rumah bersama Sukan SEA 2027, Sarawak mempunyai ruang untuk memperlihatkan bahawa kejayaan penganjuran tidak hanya bergantung kepada kemegahan venue, kelancaran acara atau kehadiran ribuan atlet dan pegawai dari rantau ASEAN.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sukan SEA 2027 bukan sekadar acara sukan, sebaliknya peluang penting untuk mengetengahkan Sarawak, memperkukuh hubungan serantau serta membuktikan keupayaan menganjurkan acara sukan utama.
Katanya, kejayaan penganjuran tidak seharusnya hanya dinilai berdasarkan kecakapan pengurusan, tetapi turut mengambil kira aspek keadilan dalam pertandingan dan tahap integriti yang diamalkan.
“Sukan SEA 2027 bukan sekadar acara sukan, sebaliknya menjadi peluang untuk mengetengahkan Sarawak, memperkukuh hubungan serantau dan membuktikan keupayaan kita menganjurkan acara sukan utama.
“Justeru, penganjuran Sukan SEA 2027 menjadi peluang penting bagi Malaysia dan Sarawak untuk mempamerkan keupayaan sukan, memperkukuh kerjasama serantau serta memberi inspirasi kepada generasi baharu atlet,” katanya baru-baru ini.
Mesej cukup jelas
Ketika Sarawak sedang rancak melaksanakan persiapan untuk menyambut Sukan SEA 2027, aspek integriti tidak boleh diletakkan di belakang tabir.
Ia perlu bergerak seiring dengan persiapan fizikal dan teknikal.
Sebuah temasya sukan yang besar memerlukan sistem pengurusan yang besar, melibatkan pelbagai agensi, organisasi, pegawai, sukarelawan, atlet dan pihak berkepentingan.
Apabila semakin ramai pihak terlibat, semakin besar juga keperluan untuk memastikan setiap proses mempunyai mekanisme kawalan yang jelas.
Lebih-lebih lagi apabila penganjuran membabitkan penggunaan sumber awam yang besar.
Dalam konteks ini, integriti bukan sekadar slogan. Ia perlu diterjemahkan dalam proses membuat keputusan, pengurusan kewangan, perolehan, pemilihan vendor, pengurusan pertandingan, pengkuatkuasaan peraturan dan segala aspek yang berkaitan dengan penganjuran.
Abang Johari turut menegaskan bahawa sukan menawarkan peluang besar dalam pembangunan, pelancongan dan aktiviti ekonomi, namun kemampuan sektor itu hanya dapat dipastikan apabila persekitaran sukan berteraskan integriti.
“Sukan tidak terkecuali daripada ancaman rasuah, manipulasi pertandingan, pertaruhan haram, pengubahan wang haram dan pelbagai bentuk kegiatan jenayah lain.
“Oleh itu, integriti sukan mesti dianggap sebagai asas penting dalam pembangunan sukan,” katanya.
Justeru, ancaman tersebut perlu dilihat secara serius kerana kesannya tidak hadir kepada keputusan satu-satu pertandingan. Apabila berlaku manipulasi atau penipuan, perkara pertama yang terjejas ialah kepercayaan.
Atlet yang bertanding secara jujur mungkin mempersoalkan keadilan pertandingan selain penonton pula boleh hilang keyakinan terhadap keputusan yang disaksikan.
Dalam jangka panjang, perkara sedemikian mampu menjejaskan reputasi organisasi sukan dan penganjur. Lebih penting, ia boleh memberi kesan kepada nilai yang cuba diterapkan kepada generasi muda melalui sukan.
Sukan sepatutnya menjadi disiplin, kerja keras, menghormati peraturan dan menerima keputusan secara profesional. Jika elemen tidak berintegriti memasuki ruang tersebut, nilai pendidikan yang sepatutnya dibawa oleh sukan turut berisiko terhakis.
Atas sebab itu, Abang Johari menggariskan integriti tidak boleh dianggap sebagai perkara tambahan yang hanya dipertimbangkan selepas sesuatu acara dianjurkan.
Konflik kepentingan
Jika mahu menjadikan temasya itu sebagai kejayaan, tumpuan tidak boleh hanya diberikan kepada pembinaan dan naik taraf venue. Sistem pengurusan pertandingan juga perlu berada pada tahap yang mampu meyakinkan atlet, pegawai dan delegasi luar.
Setiap keputusan pertandingan perlu mempunyai proses yang jelas serta aduan perlu mempunyai saluran yang sewajarnya di samping bentuk konflik kepentingan perlu diurus secara telus.
Manakala pihak yang diberikan amanah perlu memahami tanggungjawab mereka. Dalam erti kata lain, integriti perlu menjadi sebahagian daripada DNA penganjuran.
Ini juga selari dengan usaha memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi acara sukan utama. Penganjuran temasya antarabangsa bukan sekadar membawa masuk atlet dan pegawai.
Ia turut membuka peluang kepada sektor pelancongan, perhotelan, pengangkutan, makanan, peruncitan dan perusahaan tempatan. Kehadiran delegasi dari negara ASEAN boleh memberikan limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.
Namun, semua manfaat itu hanya akan lebih bermakna jika reputasi penganjuran berada pada landasan yang kukuh. Malah, Abang Johari berkata, sekiranya sukan mahu menyumbang kepada pembangunan rakyat, komuniti dan ekonomi, asas pengoperasiannya perlu dilyakini, telus dan boleh dipercayai.
“Integriti menjadi bahagian daripada sistem dan bukannya sekadar prinsip yang dipraktikkan apabila tudur murid menjadi kukuh. Perkara ini amat penting kita membuat persiapan untuk menganjurkan acara utama yang membabitkan sumber awam yang besar, pelbagai institusi serta peserta dari bidang kuasa yang berbeza,” katanya.
Teknologi dan perkembangan platform digital, misalnya, membuka ruang baharu kepada pengurusan data dan maklumat pertandingan, tetapi pada masa sama memerlukan kawalan yang sesuai.
Begitu juga dengan pertaruhan haram yang boleh memberi tekanan kepada integriti pertandingan jika tidak ditangani melalui kerjasama antara pihak berkaitan.
Sebab itu, usaha mambanteras risiko tersebut tidak boleh dipikul oleh satu organisasi sahaja. Ia memerlukan kerjasama antara kerajaan, badan sukan, penguat kuasa, penganjur, atlet, pegawai pertandingan dan masyarakat.
“Oleh itu, usaha menangani cabaran ini juga perlu dilaksanakan secara kolaboratif,” jelas beliau.
Semangat kerjasama
Setiap pihak mempunyai peranan masing-masing dengan kerajaan menyediakan dasar dan sokongan sambil agensi berkaitan memastikan peraturan serta prosedur dipatuhi.
Sementara badan sukan bertanggungjawab terhadap pengurusan teknikal dan pertandingan.
Atlet pula menjadi wajah kepada semangat kesukanan di samping masyarakat akhirnya menjadi pemerhati yang menilai sejauh mana temasya itu berjaya dilaksanakan.
Pada masa sama, integriti perlu bermula daripada perkara paling asas, dengan atlet perlu dididik untuk menghormati peraturan. Pegawai juga perlu memahami tanggungjawab dan konflik kepentingan. Pengurusan pula perlu memastikan setiap keputusan mempunyai asas yang jelas.
Tidak kurang penting ialah keberanian untuk melaporkan sebarang pelanggaran tanpa rasa takut atau bimbang terhadap tekanan. Jika semua elemen ini dapat dibina secara sistematik, Sukan SEA 2027 bukan sahaja meninggalkan kenangan melalui kejayaan pertandingan, tetapi turut meninggalkan satu lagi tadbir urus.
Sarawak mempunyai peluang untuk menunjukkan bahawa pembangunan sukan tidak semata-mata dilukur melalui jumlah pingat atau kemeriahan seseuah temasya.
Ia juga dilukur melalui tahap kepercayaan yang berjaya dibina. Kepercayaan atlet bahawa mereka bertanding secara adil. Selain kepercayaan negara-negara serantau bahawa Sarawak mampu menjadi tuan rumah yang profesional.
Jelas, Sukan SEA 2027 akan berakhir apabila tirai temasya dilabuhkan.
Wvenue mungkin kekal sunyi, bendera diturunkan dan para atlet pulang ke negara masing-masing.
Namun, kesan daripada sistem yang dibangunkan sebelum dan sepanjang temasya itu boleh bertahan lebih lama. Jika integriti benar-benar dijadikan asas, Sarawak bukan sahaja boleh meninggalkan legasi dari sudut infrastruktur dan pengalaman penganjuran, malah turut membina budaya sukan yang lebih telus, bertanggungjawab dan dipercayai.
Dalam perjalanan menuju 2027, meseyiwa jika — membina venue boleh dilibat, tetapi membina kepercayaan memerlukan masa.
Dan apabila Sarawak memiliki untuk memacu integriti sukan, yang sedang dibina sebenarnya bukan sekadar destinasi sebuah temasya, tetapi asas kepada masa depan sukan negeri.
Sukan SEA 2027 akan berlangsung pada 18 hingga 29 September 2027, dengan Malaysia menjadi tuan rumah secara bersama melalui empat kluster utama.
Sarawak menjadi kluster utama dan merupakan lokasi upacara pembukaan di Kuching manakala Kuala Lumpur tuan rumah upacara penutupan sementara Pulau Pinang dan Johor turut dipilih sebagai kluster acara lain.
Sarawak bakal menjadi gelanggang bagi 18 daripada 43 acara sukan dipertandingkan termasuk sukan tarían yang baru ditambah dalam senarai acara di negeri ini.





