ARTIKEL

PANDI SUHAILI

PAVB beri sokongan penuh terhadap Iskandar Turkee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) menyatakan sokongan penuh terhadap calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Pengerusinya, Pandi Suhaili berkata beliau bersama-sama seluruh ahli persatuan itu berpendirian tegas dan teguh menyokong Premier dan pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Sebagaimana yang telah dilakukan sebelum ini bahawasanya PAVB dengan penuh iltizam menjunjung semangat perpaduan, kesetiaan dan menyeru semua ahli PAVB untuk bersama-sama menyatakan komitmen dan sokongan padu terhadap calon GPS yang akan bertanding bagi DUN Jepak.

“PAVB melihat dengan saksama bahawa usaha untuk mencapai kejayaan dan mengukuhkan perpaduan menjadi tonggak utama untuk menentukan kestabilan politik Sarawak dan DUN Jepak amnya.

“Jesteru PAVB menjadi sebahagian benteng utama yang mempertahankan kecemerlangan pemimpin GPS demi memastikan Sarawak lebih berjaya dan makmur,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Dalam pada itu, Pandi menolak sebarang bentuk spekulasi dan fitnah yang sedang menjalar semasa kempen PRK DUN Jepak yang beliau sifatkan bertujuan mencemar nama baiknya selaku presiden serta kepimpinan PAVB dan seluruh jajaran ahlinya.

Jelas beliau, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan atas tujuan memelihara dan membudayakan warisan bangsa kaum Vaie, PAVB memberi komitmen yang maksima untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan demi memastikan GPS mendapat kecemerlangan dalam PRK DUN Jepak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU