ARTIKEL

BOON Siew (empat kiri), Ming Pau (dua kanan) dan ahli lain ketika acara memotong kek pada majlis tersebut.

PDP intai kerusi DUN Sibu Jaya?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong dikhabar akan disempadankan semula, dengan Sibu Jaya dikatakan bakal menjadi satu kerusi baharu atau kawasan DUN baharu di bawah kawasan Parlimen Sibu.

Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong, Kaunselor Datuk Teo Boon Siew, mendedahkan perkara tersebut semasa menghadiri Malam Suai Kenal PDP Sibu Jaya di sini pada semalam.

“Penubuhan cawangan parti kita ini, yang di bawah PDP Bahagian Dudong, adalah bertujuan sebagai persediaan kita sekiranya kawasan Dudong dipecahkan atau disempadankan semula.

“Bila ini berlaku, Sibu Jaya akan menjadi sebuah konstituensi baharu bagi kerusi DUN,” katanya.

Boon Siew (empat kiri) bersalaman dengan ahli parti sebaik tiba pada majlis tersebut sambil diiringi Ming Pau (kanan).

Boon Siew berkata bagi tujuan itu, PDP harus merekrut seberapa ramai ahli untuk diserapkan ke dalam cawangan tersebut.

Dengan mempunyai ramai keahlian, menurutnya, ia akan membolehkan parti itu untuk mempunyai suara yang kuat, seterusnya boleh melobi kerusi DUN baharu itu.

“Jadi atau tidak, ia terpulang kepada pihak berkaitan untuk membuat keputusan (berkenaan dengan persempadanan semula DUN Dudong) tetapi kita mesti bersedia awal keranadifahamkan persempadanan semula kawasan Dudong mungkin akan berlaku, mengambil kira kepadatan penduduknya.

“Bila kita mempunyai suara yang kuat, pucuk pimpinan parti komponen akan yakin dengan usaha kita untuk melobi kerusi baharu ini,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi PDP Sibu Jaya, Kaunselor Paul Teo Ming Pau, berkata program semalam bersifat santai untuk mengenali sesama ahli parti di Sibu Jaya.

Menurutnya, setakat ini, PDP Sibu Jaya berjaya merekrut hampir 700 ahli setelah ia diluluskan untuk penubuhan oleh kepimpinan tertinggi parti pada Mac tahun ini.

“Kita berharap kita dapat merekrut seberapa ramai ahli baharu selepas ini.

“Dengan program ini, ia akan mengukuhkan lagi parti, seterusnya boleh berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada penduduk Sibu Jaya,” ujar Ming Pau.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat