ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim | Bernama

Pelaburan beri pulangan kepada rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan bahawa komitmen Kerajaan MADANI adalah memastikan setiap pelaburan memberi pulangan yang bermakna kepada rakyat, hari ini serta masa depan negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaburan yang dibawa masuk oleh Kerajaan MADANI bukan sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi turut diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat.

“Ia mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup serta membina kuasa ekonomi baharu yang lebih berdaya saing dan inklusif,” kata Anwar menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau, semalam.

Perdana Menteri turut berkongsi beberapa infografik yang memaparkan prestasi pelaburan negara bagi tempoh sembilan bulan pertama 2025.

Ini termasuk infografik bahawa Malaysia terus unggul dengan mencatatkan pelaburan diluluskan bernilai RM285.2 billion bagi tempoh Januari hingga September 2025 yang melonjak 13.2 peratus dan melepasi semua rekod pencapaian praCOVID (2006-2020).

Selain itu, di bawah tajuk kecil “Keyakinan Global : Gergasi Ekonomi Memilih Malaysia” pula memaparkan maklumat mengenai tujuh misi pelaburan bagi tempoh sama yang menjana potensi RM24.5 billion

. Turut dipaparkan adalah sumbangan sektor bernilai tinggi memacu masa depan dengan menyumbang sejumlah RM137.9 billion atau 48.4 peratus daripada jumlah pelaburan. – Bernama 

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira