ARTIKEL

TIDAK SIHAT: Keadaan udara yang dirakam di Bandar Raya Kuching. FOTO Mohd Alif Noni.

Pelitup muka kembali jadi ‘teman’ penduduk hadapi jerebu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelitup muka kembali menjadi kelengkapan harian, manakala aktiviti di luar rumah mula dikurangkan penduduk di beberapa kawasan di negeri ini susulan jerebu yang semakin ketara sejak semalam.

Keadaan itu turut menyaksikan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan aktiviti luar, terutama membabitkan kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah kesihatan, selain memastikan pengambilan air yang mencukupi.

Tinjauan Suara Sarawak di beberapa kawasan terjejas akibat jerebu hari ini mendapati masyarakat mula menyesuaikan rutin harian masing-masing bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

Penghulu Kampung Selabat dan Kampung Muara Tebas, Alli Matsah, berkata penduduk khususnya di kawasan Demak Laut dinasihatkan supaya tidak keluar rumah tanpa keperluan sepanjang keadaan jerebu berterusan.

Penghulu Kampung Selabat dan Kampung Muara Tebas, Alli Matsah.

Katanya, keadaan jerebu yang semakin meningkat dibimbangi memberi kesan kepada kesihatan, terutama individu yang menghidap asma dan masalah berkaitan pernafasan.

“Janganlah keluar sesuka hati dan sebaik-baiknya kita berada di tempat selamat seperti di rumah.”

“Jika perlu keluar, gunakan pelitup muka.”

“Ini pandangan saya sebagai pemimpin masyarakat dan saya menyeru penduduk supaya lebih berhati-hati menjaga kesihatan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Nur Asyiqin Masturina Roseli, 32, dari Perumahan Darul Hana, berkata orang ramai wajar mengutamakan kesihatan dengan mengehadkan aktiviti di luar rumah.

Nur Asyiqin Masturina Roseli.

Katanya, pelitup muka perlu digunakan jika terpaksa keluar, selain memastikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang tempoh jerebu.

Bagi Anita Mostapar, 40, dari Kampung Selabat, beliau turut mengurangkan aktiviti luar bersama anak-anak sebagai langkah berjaga-jaga.

Anita Mostapar.

“Untuk anak saya, saya kurangkan aktiviti di luar buat masa ini.”

“Jika keluar, mereka memakai pelitup muka, terutama ketika ke pusat beli-belah, selain memastikan mereka minum air yang mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Dayang Hasmah Ahmad, 47, dari Kampung Sungai Batu, berkata orang ramai perlu memakai pelitup muka sekiranya perlu keluar rumah ketika keadaan jerebu.

Dayang Hasmah Ahmad.

“Kalau kurang sihat, jangan keluar rumah.”

“Jika mengalami masalah kesihatan, segera berjumpa doktor,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara dan mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi kesihatan diri serta keluarga.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat