ARTIKEL

Pasukan PFA Odin berjaya merangkul kejohanan bagi kategori bawah 16 tahun. - Foto: UKAS

Pemain muda perlu ada impian jadi pemain bola sepak antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemain muda perlu mempunyai sasaran tinggi dalam arena sukan bola sepak antarabangsa, bukannya sekadar menjadi ‘jaguh kampung’ sahaja.

Dif-dif kehormat pada Majlis Penutupan Kejuaraan Bola Sepak Tertutup Belia PETRONAS 2024. – Foto: UKAS

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, berkata pemain kini perlu sudah merangka strategi untuk mencapai sasaran tersebut.

“Pemain kini perlu mempunyai ‘mindset’ yang tinggi.

“Mereka sepatutnya bukan sahaja sebagai wakil kepada akademi, daerah, Sarawak mahupun Kuching City FC, tetapi kini meletak impian tinggi untuk beraksi di peringkat antarabangsa suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kejuaraan Bola Sepak Tertutup Belia PETRONAS 2024 di Stadium Negeri Sarawak di sini pada Sabtu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuching itu menambah, disiplin menjadi tonggak utama dengan meletakkan gaya hidup sebagai komponen penting untuk mencapai cita-cita tersebut.

Kejuaraan Bola Sepak Tertutup Belia PETRONAS 2024 merupakan projek perintis yang bertujuan menjadi platform mencari dan membangunkan bakat dalam kalangan pemain bola sepak Sarawak berumur antara 10 hingga 16 tahun.

Kejuaraan itu berlangsung selama dua bulan ini bermula pada 14 September lepas.

Ia mendapat sambutan baik daripada 56 pasukan yang melibatkan 23 akademi bola sepak dan sekolah-sekolah dari Kuching, Samarahan dan Sri Aman.

Perlawanan tumpuan, iaitu perlawanan akhir bawah 16 tahun, menyaksikan PFA Odin berjaya mengalahkan SMK Sri Matang dengan jaringan gol 2-1.

Keputusan lain menyaksikan perlawanan akhir bawah 14 dimenangi oleh KDH Kuching, bawah 12 dimenangi oleh PFA Odin, dan bawah 10 dimenangi pasukan Tambirat.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama