ARTIKEL

Pengarah Bahagian D Daerah 87 Toastmasters Antarabangsa, Dr. Lucy Ho Jia Yiing.

Pemenang Empowering Voice 2025 bakal wakili Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai dijemput untuk memeriahkan acara “Empowering Voice 2025” yang akan diadakan di Dewan Kuliah, Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak pada Sabtu, 12 April.

Acara ini meraikan seni komunikasi dan akan menampilkan persembahan kepetahan berbicara dengan penglibatan penonton melalui variasi vokal, bahasa tubuh, dan pemilihan kata yang berkesan.

Dr. Lucy Ho Jia Yiing, Pengarah Bahagian D Daerah 87 Toastmasters Antarabangsa, menyatakan bahawa program ini dianjurkan bersama 13 kelab Toastmasters di bahagian D (Kuching).

Katanya, acara akan dimeriahkan dengan kehadiran wakil dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang dan kerjasama erat daripada Swinburne.

“Acara akan dimulakan pada jam 8 pagi dengan lawatan berpandu ke sekitar kampus Swinburne, memberi peluang kepada orang ramai meneroka kampus serta mengenali program akademik yang ditawarkan.

“Seterusnya, akan diadakan bengkel Bahasa Malaysia mengenai Pengacaraan Majlis dan Pengucapan Awam bermula jam 8.45 pagi di Dewan Kuliah. Bengkel ini akan dikendalikan oleh pengacara berpengalaman, Cikgu Abg Jalani Abg Mazadi dan Cikgu Sarmandi Nawi,” katanya.

Beliau menambah, acara akan diserikan dengan pertandingan pidato Bahasa Malaysia pada jam 10 pagi dan persembahan Ucapan Mandarin oleh tiga juara pada jam 11 pagi.

Program sebelah petang akan diteruskan dengan tiga pertandingan dalam Bahasa Inggeris iaitu pertandingan Penilaian Pengucapan pada jam 1 petang, diikuti oleh Ucapan Spontan dan Pertandingan Pengucapan Antarabangsa.

Seramai 20 peserta akan menyertai kejohanan tersebut.

Jelas Lucy, para pemenang dari kesemua kategori pertandingan akan mewakili Kuching di pertandingan Ucapan Toastmasters Antarabangsa Daerah 87 yang akan berlangsung di Bandung, Indonesia dari 16 hingga 18 Mei 2025.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road