KUCHING: Satu pencapaian cukup hebat diperlihatkan skuad Cascara Junior dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 bagi kategori peringkat umur bawah 12 tahun.
Berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik secara keseluruhan daripada 30 pasukan yang turut bertanding.
Sekali gus, pencapaian terbaik buat wakil dari Sarawak terbabit mengambil kira ia merupakan penampilan pertama mereka dalam kejohanan berprestij itu.
Penolong Pengurus, Azaree Mohamed tetap berbangga di sebalik prestasi hebat yang dipamerkan anak-anak buahnya itu.
“Pemain telah memberikan yang terbaik pada saingan kali ini.
“Cuma nasib tidak begitu memihak kepada kami untuk mara lebih jauh lagi,” ujar Azaree kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Azaree, kemaraan anak-anak buahnya tersekat selepas kalah tipis (1-0) di tangan Prime Junior A pada peringkat suku akhir.
Menamatkan saingan di peringkat Kumpulan A di kedudukan kedua mengumpul 11 mata tanpa kekalahan.
