ARTIKEL

Pengeluaran visa haji cecah 45 peratus – Mohd Na’im

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Proses pengeluaran visa bagi jemaah haji Malaysia musim 1446 Hijrah/2025 Masihi yang dikendalikan Lembaga Tabung Haji (TH) kini mencapai 45 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata pengeluaran visa berkenaan adalah sebahagian daripada proses tahunan yang dilaksanakan TH bagi memastikan kelancaran persiapan operasi haji tahun ini.

“TH juga sudah bersedia sepenuhnya dengan persiapan hampir 100 peratus. Tahun ini, TH membawa seramai 632 petugas haji yang terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan dan wakil agensi luar yang terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kecekapan dalam pengeluaran visa serta penambahbaikan sistem kad Nusuk.–Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU