ARTIKEL

MAUT…Lelaki dijumpai meninggal dunia di sebuah pondok rehat berhampiran Pusat Visitors Information Centre Temurang, Jalan Puncak Borneo Heights, di sini, semalam.

Penunggang e-hailing ditemukan meninggal dunia di pondok rehat di Padawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang penunggang perkhidmatan e-hailing ditemukan meninggal dunia di sebuah pondok rehat berhampiran Pusat Visitors Information Centre Temurang, Jalan Puncak Borneo Heights, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William berkata, mangsa dikenali sebagai Anders Willy Wong, 30, yang ditemukan oleh orang awam dalam keadaan terbaring di lantai buluh anjung pondok sebelum kejadian dimaklumkan kepada pihak polis.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), sementara siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia pada 11.24 pagi oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bunuk sebaik pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian.

Hasil siasatan awal kata Barry, pasukan mendapati mangsa lengkap berpakaian ketika ditemukan, manakala sebuah motosikal miliknya diparkir dalam keadaan kemas berhampiran pondok berkenaan.

“Sebuah beg dipercayai milik mangsa turut ditemukan di sisi mayat.

Siasatan turut mendapati mangsa bekerja sebagai penunggang e-hailing sejak kira-kira empat tahun lalu dan merupakan anak sulung dalam keluarganya.

Kata Barry, menurut bapanya, mangsa keluar dari rumah sekitar 9 pagi pada Selasa untuk bekerja seperti kebiasaan, namun tidak pulang sehingga keluarga menerima makluman daripada orang awam berkaitan penemuan mayatnya.

“Susulan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh Unit Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dengan bantuan anggota Balai Polis Beratok untuk tindakan lanjut.

“Bedah siasat dijadualkan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian, manakala polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga keputusan rasmi bedah siasat diperoleh,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU