ARTIKEL

Penunggang motosikal maut kemalangan dengan kereta pikap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang penunggang motosikal maut akibat cedera parah dalam kemalangan dengan sebuah kereta pikap di Jambatan Bekenu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.30 pagi melibatkan Toyota Hilux dan motosikal jenis Yamaha. 

“Hasil siasatan pihak polis, kenderaan pikap tersebut dipandu oleh seorang lelaki yang berusia 41 tahun telah melanggar sebuah motorsikal yang ditunggang oleh
seorang lelaki berusia 49 tahun.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Bekenu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu beliau menasihatkan kepada para pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah-langkah pemanduan berhemah semasa berada di jalan raya.

Kereta pikap mengalami kerosakkan pada bahagian kiri hadapan. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU