ARTIKEL

Bekas anggota 69 Komando Sarjan Mejar (B) Zol'aini Sabar, 68, menunjukkan barangan serta pingat yang diperoleh sepanjang perkhidmatannya di dalam unit 69 Komando ketika ditemui BERNAMA di rumahnya baru-baru ini.

Perpaduan rakyat benteng utama pertahankan kedaulatan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keamanan dan kedaulatan Malaysia pada hari ini merupakan hasil perjuangan serta pengorbanan tidak ternilai daripada para perajurit negara yang sentiasa teguh mempertahankan tanah air.

Bekas anggota 69 Komando, Sarjan Mejar Zol’aini Sabar, 68, yang mengimbau tragedi Bukit Jenalik pada 2 Julai 2000 menyatakan bahawa mempertahankan kedaulatan negara menuntut seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu padu serta menghargai erti pengorbanan dan keamanan.

Menurut Bernama, Zol’aini yang merupakan antara 20 anggota Pasukan 69 Komando dalam Ops Subuh bagi menumpaskan kumpulan pengganas Al-Maunah menegaskan bahawa insiden tersebut menjadi peringatan jelas bahawa ancaman keselamatan boleh muncul dari dalam sekiranya semangat patriotisme dan penyatuan rakyat menjadi rapuh.

Beliau yang terlibat dalam operasi menahan 27 anggota kumpulan berkenaan secara hidup-hidup turut berkongsi cabaran getir yang dihadapi pasukan keselamatan ketika itu, termasuk ancaman daripada bekas anggota keselamatan yang mahir dengan senjata berat serta jerangkap samar.

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, beliau berharap generasi muda memahami bahawa kestabilan negara tidak wujud secara spontan, sebaliknya dibina atas pengorbanan dan benteng perpaduan yang kukuh daripada seluruh lapisan masyarakat.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,