ARTIKEL

ADUN Kabong Mohd Chee Kadir mempengerusikan mesyuarat berkenaan penganjuran Pesta Layang-Layang Antarabangsa Kabong (KIKF) 2024 (Gambar: Kredit Pusat Khidmat Adun Kabong)

Pesta Layang-Layang Antarabangsa Kabong bulan Mac ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Pesta Layang-Layang Antarabangsa Kabong (KIKF) 2024 dijangka akan diadakan pada 5 sehingga 11 Mac 2024 di Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Pesta tersebut bakal melibatkan peserta daripada 39 buah negara termasuk Malaysia dan dianggarkan seramai 105 peserta akan mengambil bahagian.

ADUN Kabong Mohd Chee Kadir mempengerusikan mesyuarat berkenaan penganjuran Pesta Layang-Layang Antarabangsa Kabong (KIKF) 2024 (Gambar: Kredit Pusat Khidmat Adun Kabong)

Perkara tersebut dinyatakan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat ADUN Kabong.

Ada pelbagai pengisian program akan diselitkan sepanjang festival ini berlangsung.

Antara pengisian ialah pentas kebudayaan, persembahan serta pertandingan layang-layang pada sebelah malam (LED Kite) dan pertandingan memancing.

Manakala majlis penangguhan KIKF 2024 ini dijangka akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada jam 10 pagi di Dewan Terbuka Pantai Tanjung Kembang.

Penganjuran KIKF sebelum ini terpaksa ditunda selama tiga tahun berikutan penularan wabak COVID-19.

Untuk rekod, KIKF ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2018 yang melibatkan 10 buah negara.

Penganjuaran kali kedua telah diadakan pada 2019 dan berjaya menghimpunkan ramai peserta daripada 30 buah negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU