ARTIKEL

Polis Miri bongkar tiga lubuk aktiviti pengedaran dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pihak polis sekali lagi mencapai kejayaan besar setelah berjaya membongkar tiga lubuk aktiviti pengedaran dadah di beberapa lokasi berasingan di bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata, turut ditahan dalam kes berkenaan adalah dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan, serta seorang lelaki warga asing.

Katanya, bagi kes pertama, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah menahan seorang lelaki warga asing pada 1 Julai lalu sekitar jam 10.45 malam di sebuah rumah di kawasan Miri.

Dadah yang berjaya dirampas oleh pihak polis dalam tiga serbuan di lokasi berasingan di sekitar bandar raya Miri.

“Hasil pemeriksaan pasukan polis telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis syabu berjumlah 67.32 gram.

“Kesemua nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan jumlah bernilai RM7,405.20,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala itu, bagi kes kedua pula, Alexson mengesahkan bahawa seorang lelaki dan wanita warga tempatan telah ditahan pada 2 Julai lalu sekitar jam 12.30 tengah malam di sebuah rumah tidak beralamat di kawasan Miri.

“Hasil pemeriksaan pasukan polis telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis syabu berjumlah 95.57 gram.

“Kesemua nilai barang rampasan disyaki dadah dalam kes kedua ini dianggarkan jumlah bernilai RM10,512.70.

“Bagi kes ketiga pula, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan pada hari yang sama sekitar jam 3.20 petang di sebuah pondok tidak bernombor di kawasan Miri.

“Hasil pemeriksaan pasukan polis telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis syabu berjumlah 51.94 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah bagi kes yang ketiga ini dianggarkan bernilai RM5,713.40,” jelasnya.

Alexson berkata, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Berhubung kes berkenaan, beliau berkata bahawa kesemua suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, pihak polis juga menasihatkan orang awam yang mempunyai maklumat tentang aktiviti penyalahgunaan dadah untuk segera melaporkannya di balai polis berhampiran agar ia dapat dibendung dan dibanteras bersama.

BERITA LAIN

RUAI

SUKAN

BERITA TERBARU

RUAI

SUKAN