ARTIKEL

Polis Sarawak terima tiga laporan ‘Bozz Jebat’ hina Premier Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak setakat ini menerima tiga laporan berhubung satu video yang memaparkan kenyataan bekas ahli Umno, Zool Amali Hussin atau ‘Bozz Jebat’ yang menghina Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata dua laporan diterima di Balai Polis Santubong dan satu di Balai Polis Gita.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM),” katanya yang dihubungi, hari ini.

Dalam video tersebut yang tular di beberapa platform media sosial, ‘Bozz Jebat’ telah menyoal keputusan Abang Johari melantik Dato Sri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan Malaysia.

‘Bozz Jebat’ turut menggunakan kata-kata kesat ke atas Abang Johari dalam kritikannya itu.

Berdasarkan satu laporan yang dibuat oleh Persatuan Warisan Anak Sarawak (Waris) dan Persatuan Kebajikan Sahabat Pembina Insan Sarawak, mereka menyifatkan kenyataan ‘Bozz Jebat’ itu amat biadab.

“‘Bozz Jebat’ bukan sahaja menggunakan kata-kata kesat dalam memberi kritikan yang berbaur sifat perkauman malah kenyataannya merendah-rendahkan, menghina serta mengaibkan kedudukan dan kredibiliti seorang pemimpin tertinggi Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat