ARTIKEL

OPERASI… Sekitar operasi serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Kenyalang Park, di sini, malam tadi.

Polis tumpas sindiket job scam di Kenyalang Park

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Taktik penipuan pekerjaan dalam talian kembali dikesan di bandar raya ini apabila polis berjaya menumpaskan satu sindiket “job scam” yang beroperasi secara terancang di sebuah rumah di Kenyalang Park, di sini, dalam satu serbuan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Beliau berkata, serbuan itu hasil risikan berterusan terhadap aktiviti penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

“Dalam operasi tersebut, polis menahan lima lelaki warga tempatan berusia antara 23 hingga 42 tahun yang dipercayai terlibat secara langsung sebagai operator pusat panggilan (calling centre) sindiket berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Alexson berkata, turut dirampas dalam serbuan itu beberapa peralatan termasuk komputer, telefon bimbit serta pelbagai peranti komunikasi yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti penipuan pekerjaan palsu yang menyasarkan mangsa dari negara jiran.

Hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan beroperasi sebagai pusat panggilan yang menyebarkan iklan pekerjaan palsu secara dalam talian sebelum memperdaya mangsa dengan janji peluang pekerjaan yang tidak wujud.

“Kesemua suspek dipercayai bekerja sepenuh masa dalam operasi penipuan tersebut.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memperdaya mangsa untuk menyerahkan harta, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 120B Kanun Keseksaan kerana pakatan jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching pada 26 Mei 2026 dan permohonan reman selama empat hari telah diluluskan bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Alexson menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah, khususnya penipuan dalam talian, bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan tersebut.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kuching di talian 082-244444,” katanya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,