ARTIKEL

Sekitar rakaman kenangan ketika Abang Johari menyertai delegasi Perdana Menteri ke Istana Nurul Iman bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Kali Ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei Darussalam, hari ini. | Foto: UKAS

Premier sertai delegasi Anwar di ALC-27

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDAR SERI BEGAWAN: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyertai delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Istana Nurul Iman bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Kali Ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei Darussalam, hari ini.

Penyertaan Abang Johari dalam lawatan kerja itu mencerminkan kepentingan hubungan Sarawak-Brunei, khususnya dalam memperkukuh kerjasama strategik meliputi sektor tenaga, tenaga boleh diperbaharui, ekonomi, pertanian dan pelancongan.

Sekitar rakaman kenangan ketika Abang Johari menyertai delegasi Perdana Menteri ke Istana Nurul Iman bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Kali Ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei Darussalam, hari ini. | Foto: UKAS

ALC-27 yang mempertemukan Anwar dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah turut menjadi platform bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama serta memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Brunei.

Antara kerjasama yang terus berkembang ialah sektor tenaga menerusi Projek Interkoneksi Tudan-Lumut (SPARK) antara Sarawak Energy dengan Jabatan Perkhidmatan Elektrik Brunei.

Turut menyertai delegasi berkenaan ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Peguam Besar Sarawak, Datuk Seri Saferi Ali.

Dalam lawatan itu, Anwar turut menerima Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK) daripada Sultan Brunei.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU