ARTIKEL

Rakam Kenangan… Abang Johari merakam kenangan bersama yang lain dalam kunjungan hormat tersebut. (FOTO: UKAS)

Premier Tetamu Kehormat Anugerah Wartawan 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai tetamu kehormat semasa Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2025 di Hotel Pullman Kuching pada 20 Disember depan.

Menurut Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Ronnie Tan, sebanyak 433 penyertaan diterima pada penganjuran kali ini, dan proses penjurian serta keputusan dilaksanakan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI).

“Sama juga seperti tahun lalu, jumlah kategori kekal 10 merangkumi bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Iban.

“Sesetengah kategori turut melibatkan siaran selain daripada kategori khas untuk penyiaran termasuk foto, esei foto dan foto kewartawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, sebanyak 10 kategori dipertandingkan tahun ini termasuk Rencana Berita, Laporan Berita, Laporan Sukan, Kewartawanan Penyiaran, Kewartawanan Kelestarian, Kewartawanan Perniagaan dan Ekonomi, Kesejahteraan Komuniti, Foto Kewartawanan, Esei Foto dan Kewartawanan Ekonomi Digital.

Menyentuh mengenai bantuan kewangan kepada pengamal media, Ronnie berharap Premier akan mengumumkan ‘berita gembira’ semasa sesi penggulungan esok.

“Berdasarkan maklum balas daripada industri media, lebih banyak bantuan diperlukan dari segi kebajikan dan rangkaian.

“Kami berharap dapat menerima sokongan tersebut selaras dengan perkara yang sedang dilaksanakan oleh penjawat awam.

“Walau bagaimanapun, kami perlu menunggu pengumuman daripada Premier esok,” tambahnya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira