ARTIKEL

Saiful Bahari (dua dari kiri), yang mewakili Pengurus Besar LCDA, menerima pengiktirafan pada majlis penyampaian anugerah APSAA 2026 di Taipei, Taiwan, baru-baru ini.

Projek Darul Hana bawa LCDA raih APSAA 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAIPEI: Kejayaan mengimbangi pembangunan fizikal dan kesejahteraan komuniti membolehkan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) menerima pengiktirafan Asia-Pacific Sustainability Action Awards (APSAA) 2026 di Taipei, Taiwan, baru-baru ini.

LCDA menerima Sustainability Action Award – Social Inclusion menerusi Projek Pembangunan Semula Darul Hana yang mengiktiraf inisiatif berimpak dalam aspek keterangkuman sosial dan pembangunan mampan.

Pengiktirafan itu diterima Pengurus Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat LCDA, Saiful Bahari Amra Ramly, yang mewakili Pengurus Besar LCDA, dengan diiringi Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat LCDA, Sapheri Rosli.

Pencapaian itu mencerminkan pendekatan LCDA dalam melaksanakan pembangunan secara menyeluruh dengan memberi penekanan kepada pelibatan pemegang taruh, transformasi sosioekonomi dan pembangunan semula bandar secara mampan.

Menerusi projek berkenaan, LCDA memastikan pembangunan dilaksanakan secara seimbang berteraskan masyarakat bagi memberikan manfaat jangka panjang, selain memperkukuh pelaksanaan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Anugerah kelestarian serantau anjuran Taiwan Institute for Sustainable Energy (TAISE) disertai pelbagai organisasi dari rantau Asia-Pasifik.

Pengiktirafan berkenaan sekali gus memperkukuh kedudukan LCDA di peringkat serantau serta komitmennya terhadap agenda pembangunan sosioekonomi Sarawak.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira