ARTIKEL

Nanta meninjau tapak projek feri.

Projek RM23.5 Juta Bawa Perubahan Drastik Di Jantung Batang Rajang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

P3-P4: Nanta menyempurnakan simbolik Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembinaan dan Penyiapan Kemudahan Pendaratan Feri serta Operasi Satu (1) Feri 24 Unit Kenderaan di Nanga Tulie (Batang Rajang).

P5-P6: Nanta merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

KAPIT: Projek feri bernilai RM23.5 juta di Nanga Tulie, Batang Rajang dijangka memperkasakan mobiliti rentas sungai sekali gus memastikan penduduk setempat dapat menguruskan urusan harian dengan lebih efisien serta selesa.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif Kerajaan Sarawak itu bertujuan memastikan keterhubungan antara kawasan luar bandar dengan bandar terus diperkukuh memandangkan Nanga Tulie merupakan laluan strategik yang menghubungkan komuniti sekitar.

“Nanga Tulie merupakan laluan penting yang menghubungkan komuniti di tebing Batang Rajang, dan pelaksanaan projek feri ini dijangka akan memberi manfaat besar kepada penduduk tempatan, khususnya dari segi mobiliti, ekonomi dan sosial.

“Apabila siap kelak, perkhidmatan feri ini mampu membawa sehingga 24 buah kenderaan dalam satu masa dan menjadikan perjalanan rentas sungai lebih selesa, selamat dan efisien.

“Ia juga akan membantu merancakkan aktiviti ekonomi tempatan serta memudahkan urusan penghantaran barangan, hasil pertanian dan keperluan harian,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembinaan dan Penyiapan Kemudahan Pendaratan Feri serta Operasi Satu (1) Feri 24 Unit Kenderaan di Nanga Tulie (Batang Rajang), di sini, hari ini.

Menurut beliau, perkhidmatan feri tersebut hanya akan mengenakan kadar tambang RM1 bagi setiap perjalanan bertujuan meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat.

“Inilah bukti jelas bahawa kerajaan sentiasa berdiri bersama rakyat, memastikan kemudahan yang dibina bukan sekadar megah di atas kertas, tetapi meringankan beban kehidupan harian masyarakat luar bandar.

“Sebagai anak jati Kapit yang diberi amanah mewakili kawasan ini sejak tahun 1999, perkara seumpama inilah yang sentiasa menjadi keutamaan saya, iaitu bagaimana kita boleh memudahkan perjalanan harian rakyat di kawasan pedalaman supaya kehidupan mereka menjadi lebih selesa.

“Ia turut akan memberi manfaat kepada 33 buah rumah panjang dari Nanga Tulie ke Pekan Merit dan memudahkan pergerakan pelajar dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Encheremin dan SK Ulu Pelagus,” jelas beliau.

Tegasnya, kerajaan kekal komited dalam memastikan pembangunan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, khususnya di Sarawak, terus diberi keutamaan.

“Kita mahu rakyat di kawasan pedalaman seperti Kapit menikmati kemudahan infrastruktur yang setara dengan kawasan bandar, sejajar dengan prinsip ‘Tiada Rakyat Ditinggalkan’,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan beberapa projek jalan dan jambatan lain kini dalam perancangan atau pelaksanaan di Bahagian Kapit bagi memperkukuh rangkaian pengangkutan darat serta air.

Sehubungan itu, Nanta merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak yang meluluskan peruntukan bagi projek tersebut serta Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) yang menyelaras kerjasama antara jabatan dan agensi teknikal.

“Selain itu, saya turut berterima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, terutamanya JKR Kapit selaku agensi pelaksana, kontraktor dan perunding, agensi kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, serta seluruh masyarakat Kapit atas sokongan dan kerjasama yang amat dihargai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak kontraktor iaitu Rambungan Maju Sdn. Bhd. agar melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab, menepati jadual, serta mematuhi piawaian kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan JKR Sarawak.

Beliau turut berharap JKR Sarawak melaksanakan pemantauan rapi secara berkala bagi memastikan setiap aspek keselamatan, mutu dan kemajuan projek berada pada tahap optimum.

“Saya berharap penduduk tempatan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kontraktor serta JKR Kapit sepanjang pelaksanaan projek ini demi manfaat bersama.

“Semoga projek ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual, serta memberi manfaat besar kepada rakyat Kapit dan seluruh kawasan pedalaman Sarawak,” tambahnya.

Projek feri
Nanta menyempurnakan simbolik Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembinaan dan Penyiapan Kemudahan Pendaratan Feri serta Operasi Satu (1) Feri 24 Unit Kenderaan di Nanga Tulie (Batang Rajang).
Nanta menyempurnakan simbolik Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembinaan dan Penyiapan Kemudahan Pendaratan Feri serta Operasi Satu (1) Feri 24 Unit Kenderaan di Nanga Tulie (Batang Rajang).
Nanta merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
Nanta merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira