Pura-pura beli mi untuk rogol anak tuan kedai

KUCHING: Seorang lelaki berpura-pura mahu membeli mi segera di kedai jirannya untuk cuba  merogol anak gadis mereka.

Namun cubaan lelaki berusia 22 tahun itu  membawa padah apabila ditangkap penduduk kampung dan diserahkan kepada polis, dalam kejadian yang berlaku di sini di sini kira-kira jam 9.40 pagi Isnin lalu.

Mengesahkan kes, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 13 tahun hendak pergi ke sekolah.

“Suspek berpura-pura mahu membeli mi segera di kedai runcit milik keluarga mangsa yang bersambung terus dengan rumah mereka.

“Suspek kemudian terus masuk ke dalam rumah melalui dapur lalu mendapatkan mangsa…” katanya.

Berita lanjut dapatkan SS esok.

Suara Sarawak