ARTIKEL

Rancang awal cuti Gawai dan Keputeraan Agong yang bertembung pada 2 Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Sarawak hari ini memaklumkan bahawa Hari Kedua Gawai dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada tahun ini akan jatuh pada tarikh yang sama, iaitu 2 Jun 2025.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, berdasarkan Seksyen 104(1) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76), Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah hari kelepasan am yang wajib diberikan kepada pekerja dan tidak boleh digantikan dengan mana-mana hari lain.

Sementara itu, Hari Gawai merupakan hari kelepasan pilihan yang ditetapkan berdasarkan agama dan budaya pekerja.

Sehubungan itu, bagi pekerja yang diberikan cuti Hari Gawai di bawah Ordinan ini, 3 Jun 2025 hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan gantian.

Namun begitu, tarikh gantian tersebut boleh diubah kepada hari lain melalui persetujuan bersama antara majikan dan pekerja, selaras dengan Seksyen 104(2) Ordinan yang sama.

Selain itu, Seksyen 104(1) Ordinan turut memperuntukkan bahawa jika sesuatu hari kelepasan jatuh pada hari rehat pekerja, hari bekerja berikutnya perlu dijadikan sebagai hari kelepasan gantian.

Sebagai contoh, sekiranya 1 Jun 2025 merupakan hari rehat pekerja, maka 3 Jun 2025 hendaklah dijadikan hari kelepasan Hari Gawai, manakala 4 Jun 2025 dijadikan sebagai hari kelepasan bagi Hari Kedua Gawai.

Kementerian Sumber Manusia menasihatkan semua majikan dan pekerja di Sarawak agar membuat perancangan awal berhubung pengurusan cuti tersebut bagi memastikan kelancaran operasi dan kebajikan pekerja terjamin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU