ARTIKEL

Rebut 2,609 jawatan kosong di SCatFair

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 2,609 peluang pekerjaan dibuka dan ditawarkan sepanjang berlangsungnya Sarawak Career and Training Fair (SCatFair) 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

SCatFair 2019 bermula 15 hingga 17 Mac turut menyaksikan sebanyak 69 pameran daripada beberapa insititusi pendidikan tinggi mempamerkan dan menawarkan maklumat mengenai pelbagai peluang pendidikan.

Sementara itu, sebanyak lapan institusi penyedia bantuan kewangan seperti Yayasan Sarawak, PTPTN, Yayasan Khazanah, MARA dan sebagainya juga membuat pameran.

Dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, semalam, SCaTFair 2019 antara bertujuan untuk menyediakan platform bagi memberi maklumat lengkap mengenai peluang pendidikan dan peluang kerjaya kepada orang awam.

Selain meningkatkan peluang kebolehkerjaan kepada graduan atau belia, memperkasa belia untuk lebih yakin membuat keputusan untuk masa depan, dan menanam minat STEM kalangan pelajar sekolah.

SCatFair 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 petang juga mempunyai program sampingan lain iaitu STEM Playground, ceramah, Cabaran DROBOTEX Mini dan Go4TVET.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,