ARTIKEL

Abang Johari bersama tetamu kehormat yang lain merasmikan persidangan. (GHAZALI BUJANG)

Santubong bakal jadi pusat astronomi tercanggih Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM200 juta bagi membangunkan sebuah Pusat Astronomi canggih di Santubong.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pusat berkenaan akan menjadi mercu tanda baharu dalam penyelidikan ilmu falak dan astronomi, sekali gus melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang tersebut di Sarawak.

“Apabila saya dimaklumkan kos projek ini mencecah RM200 juta, saya menilai semula keperluannya.

“Setelah diberi penjelasan tentang kepentingan ilmu ini untuk generasi Islam dan manusia keseluruhannya, kerajaan negeri bersetuju meluluskan pembinaan pusat astronomi di Santubong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Sheikh Othman Sarawak di Kompleks Islam Sarawak, Kuching, hari ini.

Abang Johari menegaskan bahawa penerokaan ilmu astronomi bukan sahaja penting untuk menentukan hal ibadat umat Islam, malah turut berkait rapat dengan teknologi moden seperti telekomunikasi, satelit dan pengurusan data.

“Telefon pintar yang kita guna hari ini beroperasi melalui penghantaran data tanpa wayar yang berpunca daripada teknologi satelit.

“Satelit pula berasaskan ilmu astronomi. Justeru, generasi kita mesti mempelajari bidang ini agar tidak ketinggalan,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak turut membangunkan kemudahan asas falak di Bintulu, Miri, dan di Santubong bakal menjadi lebih lengkap serta dilengkapi instrumen tercanggih dengan kerjasama Kolej Universiti i-CATS serta pakar-pakar berkaitan.

Abang Johari turut menekankan, ilmu falak dan astronomi mempunyai asas kukuh dalam al-Quran yang menyeru manusia meneroka rahsia langit dan bumi.

“Al-Quran menyebut tentang langit dan bumi. Maka dalam konteks hari ini, kita kena teroka ilmu astronomi untuk langit dan ilmu bumi seperti penyimpanan karbon.

“Kedua-duanya penting untuk masa depan manusia,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengaitkan pembangunan ilmu dengan kekuatan ekonomi umat Islam melalui instrumen wakaf.

“Insya-Allah, sebagai Presiden baharu PERKIM menggantikan Tun Mahathir, saya bersama PERKIM akan menganjurkan satu forum antarabangsa mengenai wakaf kerana ia adalah instrumen penting untuk mengangkat ekonomi umat Islam.

“Kita lihat di Barat, tokoh-tokoh besar seperti Bill Gates dan Warren Buffet mengagihkan kekayaan mereka kepada badan kebajikan. Dalam Islam, ia bukan pilihan tetapi kewajipan – harta yang kita miliki mesti diwakafkan demi manfaat masyarakat,” tegasnya.

Katanya, wakaf bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi umat Islam, malah mampu menambah nilai terhadap aset yang dimiliki serta memberi impak berpanjangan kepada pembangunan masyarakat.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat