ARTIKEL

Rosey ketika menjawab soalan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini. | Foto: Ramidi Subari

Sarawak perkukuh perlindungan sosial warga emas melalui pelbagai inisiatif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) terus memperkukuh perlindungan sosial kepada warga emas di negeri ini menerusi pelaksanaan pelbagai skim bantuan dan program sokongan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah Bantuan Warga Emas (BWE), Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB), Kenyalang Gold Card (KGC) beserta Bantuan Ihsan Kematian (BIK) selain penyediaan pusat perkhidmatan serta khidmat sokongan komuniti.

Menurutnya, BWE disalurkan kepada warga emas yang layak berumur 60 tahun ke atas dengan kadar RM600 sebulan bagi membantu menampung kos sara hidup asas.

“Bagi rawatan kesihatan pula, inisiatif SCHB menyediakan rawatan pesakit luar tanpa tunai sehingga RM500 setahun.

“Sehingga 30 Oktober lalu, seramai 156,193 warga emas telah memanfaatkan kemudahan itu dengan perbelanjaan keseluruhan RM39.7 juta melibatkan 263 klinik panel berdaftar,” katanya.

Menjelas lanjut, Rosey berkata inisiatif KGC membolehkan warga emas menikmati pelbagai diskaun dan rebat melalui rangkaian peniaga berdaftar, yang mana sehingga 30 Oktober lalu, sebanyak 346,171 warga emas merupakan pemegang KGC di seluruh Sarawak.

“Di bawah inisiatif ini juga, hanya waris pemegang KGC yang layak akan menerima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) bagi membantu meringankan kos pengebumian.

“Sehingga kini, seramai 27,291 waris telah menerima manfaat dengan jumlah perbelanjaan RM75.3 juta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang mengenai bantuan kepada warga emas pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19, hari ini.

Sementara itu, katanya dua Rumah Seri Kenangan (RSK) di Kuching dan Sibu kini menempatkan 75 dan 33 penghuni masing-masing yang terdiri daripada warga emas tanpa waris atau punca pendapatan.

Bagi penglibatan dan pembangunan sosial warga emas, katanya kerajaan Sarawak turut mengendalikan 29 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan lapan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) di seluruh negeri yang menawarkan program kerohanian, kesihatan, sosial, ekonomi serta aktiviti komuniti.

“Program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) turut dilaksanakan dengan penyertaan 250 sukarelawan JKMS yang menyantuni 665 warga emas sehingga 30 Oktober tahun ini, melibatkan perbelanjaan RM2.5 juta,” jelasnya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat