ARTIKEL

LAWATAN….Tunku Azizah meninjau secara dekat proses tenunan kain songket FOTO: UKAS

Sentuhan Diraja Tingkat Mutu Songket Penjara Puncak Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Di sebalik dinding Penjara Puncak Borneo, semangat baharu terpancar apabila prospek di Kompleks Songket Sri Kenyalang berjaya menghasilkan tenunan bermutu tinggi yang mencerminkan usaha, ketekunan dan kreativiti mereka.

Keunikan hasil tangan itu turut menarik perhatian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang berangkat mencemar duli melawat kompleks berkenaan, di sini hari ini.

Dalam lawatan selama lebih sejam itu, Baginda berkenan meninjau secara dekat proses tenunan kain songket selain bertitah kagum dengan peningkatan mutu serta reka bentuk baharu yang dihasilkan oleh para prospek.

“Hasil tangan prospek di Kompleks Songket Sri Kenyalang lebih baik sekarang dengan reka bentuk baharu yang lebih baik.

“Saya berasa mereka akan bertambah baik lagi pada masa hadapan,” titah Baginda.

Dalam kesempatan itu, Baginda turut berkenan membeli beberapa helai songket buatan tangan sebagai tanda penghargaan terhadap hasil kerja prospek.

Selain itu, Baginda turut mencipta corak motif khas yang menggabungkan elemen Pahang dan Sarawak, simbolik kepada perpaduan seni serta budaya antara dua negeri tersebut.

Sebelum berangkat pulang, Baginda menzahirkan hasrat untuk menjemput Sarawak meninjau proses penenunan songket di Pahang serta negeri lain di Semenanjung Malaysia pada masa akan datang.

Keberangkatan tiba Baginda pada jam 2.30 petang disambut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Sri Fatimah Abdullah dan anak Premier Sarawak, Dayang Norjihan.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat