ARTIKEL

Leonard Libau Anol ketika penamaan calon bagi kerusi N.32 Simanggang. - Sumber Facebook N.32 Simanggang - Leonard Libau Anol

Simanggang saksikan pertandingan tiga penjuru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Simanggang menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Leonard Libau Anol bakal berdepan calon Bebas, Walsin @ Wilson Entebang dan Peli Aron daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13.

Pengesahan calon dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Rizal Zakaria selepas proses penamaan calon selesai di Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, Bangunan Perpustakaan Awam Majlis Daerah Sri Aman, pada 10 pagi semalam.

Leonard Libau Anol dicadangkan oleh Micheal Pillow Lachen, manakala Ngu Sze Lee bertindak sebagai penyokong pencalonannya.

Calon Bebas, Walsin @ Wilson Entebang pula dicadangkan oleh Jimmy Langi dan disokong Davis @ David Alon.

Sementara itu, Peli Aron mewakili PBK dalam pertandingan bagi kerusi berkenaan.

Pada PRU Sarawak Ke-12, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Francis Harden Hollis memenangi pertandingan empat penjuru dengan majoriti 175 undi.

Beliau menewaskan Walsin @ Wilson Entebang yang ketika itu bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB), Leon Jimat Donald daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Peli Aron daripada PBK.

Leonard Libau Anol pula merupakan calon baharu GPS bagi kerusi DUN N.32 Simanggang pada pilihan raya kali ini.

BERITA LAIN

Wilfred fokus sampaikan mesej GPS kepada pengundi

KUCHING: Perjalanan kempen calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13 berjalan

Maltimur julang Piala Muhazis tanpa bolos

KUCHING: Rekod kebal tanpa kalah mahupun bolos sepanjang tiga aksi mengesahkan kejayaan Maltimur FC menjulang Piala Juara-Juara Empat Penjuru Muhazis 2026 di Cascara Arena, semalam.

BERITA TERBARU