ARTIKEL

Nancy Shukri | Ghazali Bujang

SPBK 2.0 Gantikan eBantuanJKM: Sistem lebih efisien & telus mulai 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang membangunkan Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan 2.0 (SPBK 2.0), sebuah platform digital serba baharu yang bakal menggantikan Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuanJKM) menjelang akhir tahun 2026.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, sistem baharu ini dibangunkan sebagai usaha reformasi digital sektor kebajikan yang menyeluruh dan bersepadu, seiring kemajuan teknologi serta selaras dengan inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

“Sistem yang sedia ada sudah digunakan lebih 15 tahun.

Namun, kita akui ia berdepan kekangan dari segi teknologi semasa.

“Sebab itu, kita bangunkan SPBK 2.0 yang lebih efisien, telus dan mesra pengguna, serta dibangunkan berdasarkan keperluan semasa rakyat,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian eBantuanJKM di sebuah hotel di sini hari ini.

Jelasnya, SPBK 2.0 akan berfungsi sepenuhnya dalam talian secara menyeluruh menggunakan platform digital yang selamat dan berintegriti.

“Sistem ini bakal dilengkapi pelbagai fungsi pintar seperti kecerdasan perniagaan, Sistem Maklumat Geografi (GIS), notifikasi automatik dan komputasi awan.

“Lebih penting, sistem baharu ini akan berintegrasi dengan pelbagai sistem kerajaan termasuk PADU, eKasih, iSPEKS, iGFMAS, MyIDENTITY dan MyGDX bagi memastikan data penerima yang sahih dan proses kelulusan yang lebih cepat serta tepat,” katanya.

Tambah beliau, sistem baharu ini lebih ketat dan efisien sehingga tidak ada peluang untuk menyeleweng.

“Kita optimis bahawa SPBK 2.0 bukan sahaja akan memperkemas aspek teknikal sistem sedia ada, tetapi juga membentuk budaya kerja yang lebih progresif, proaktif dan berpaksikan rakyat.

“Inilah contoh penambahbaikan penyampaian perkhidmatan yang bersepadu, pantas dan responsif kepada keperluan rakyat,” katanya.

Ujarnya, SPBK 2.0 adalah langkah penting ke arah membina masyarakat digital yang inklusif, saksama dan bersedia menghadapi masa depan — seperti yang digariskan dalam agenda Malaysia MADANI dan Pelan Transformasi Perkhidmatan Digital Sektor Awam.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road