ARTIKEL

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun hadir meninjau saluran pusat mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Sekolah Kebangsaan Kawang,

SPR rekod 603 kesalahan sepanjang kempen PRN Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAPAR: Sejumlah 603 kesalahan pilihan raya direkodkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.

“Daripada 603 kes tersebut, 81 membabitkan laporan polis manakala lima adalah laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan perkara-perkara tersebut kini di bawah tindakan agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kawang di sini hari ini.

Katanya, tindakan di bawah SPR pula membabitkan kesalahan kecil seperti pemasangan bahan kempen yang tidak mengikut peraturan ditetapkan.

“Tindakan di bawah SPR melibatkan kesalahan kecil seperti bahan kempen dan sebagainya,” katanya.

“Perkara tersebut telah pun diambil tindakan, termasuk menurunkan poster-poster yang tidak sesuai,” katanya.

Ramlan berkata SPR juga menekankan ketelusan proses pengiraan undi dengan memastikan setiap agen parti berada di setiap meja pengiraan.

“Kita akan pastikan setiap agen hadir sehingga selesai pengiraan, dan akhirnya kita akan meminta persetujuan daripada agen bahawa proses tersebut telah berjalan dengan lancar. Selagi agen tidak menandatangani, kita tidak akan menganggap keputusan itu sebagai muktamad,” katanya.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php— BERNAMA

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat