ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Stok darah kumpulan A dan AB kritikal, HUS rayu penderma tampil segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai yang mempunyai kumpulan darah A dan AB diseru tampil menderma darah susulan peningkatan penggunaan darah secara mendadak sejak tiga minggu lalu.

Bank Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) memaklumkan bahawa pihaknya memerlukan antara 70 hingga 80 beg darah setiap hari untuk pesakit kronik.

“Bagi kes kecemasan pula, penggunaan beg darah di seluruh Sarawak boleh mencecah 150 beg setiap hari.

“Oleh itu, stok darah yang mencukupi amat penting bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan transfusi segera,” menurut kenyataan itu hari ini.

Antara kes kritikal yang memerlukan bantuan penderma ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun, kumpulan darah A, yang menghidap leukemia.

“Kanak-kanak ini memerlukan dua hingga empat beg darah hampir setiap hari kerana kekurangan platelet.

Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, termasuk di otak, yang mengancam nyawa jika bekalan darah berkurangan,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki dengan Beta Thalassemia Major, kumpulan darah A, memerlukan tiga beg darah minggu ini bagi memastikan pertumbuhan normalnya.

“Seorang wanita berusia 38 tahun, juga kumpulan darah A, mengalami pendarahan dalam otak akibat tekanan darah tinggi tidak terkawal dan memerlukan empat beg darah untuk menjalani pembedahan segera,” katanya.

Bank Darah HUS turut menyeru orang ramai terutamanya penderma tetap kumpulan darah A dan AB untuk tampil segera menderma bagi memastikan stok darah mencukupi untuk pesakit yang memerlukan.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira