ARTIKEL

LUKANISMAN (kanan) meninjau mesin MRI yang digunakan oleh pesakit di hospital Sibu.

Struktur bangunan tidak selamat, Poliklinik Jalan Oya dicadang dipindahkan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mempertimbangkan cadangan sama ada membina baharu dan memindahkan Poliklinik Jalan Oya di tempat baharu.

Timbalan menterinya Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ini kerana struktur bangunan poliklinik itu berada dalam keadaan tidak selamat.

“Terdapat beberapa pilihan yang dicadangkan oleh Dr Teh Jo Hun (Pegawai Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu). Saya akan membawa pilihan ini kepada Jabatan Kesihatan Sarawak untuk pertimbangan,” katanya selepas melawat Poliklinik Jalan Oya di sini, semalam.

Lukanisman berkata, terdapat keperluan mendesak untuk melihat pilihan ini kerana poliklinik itu yang telah dibina lebih tiga dekad lalu telah diisytiharkan sebagai tidak selamat untuk digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kami juga akui berikutan peningkatan jumlah penduduk di bandar ini, poliklinik ini tidak lagi mampu menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat iaitu 1,000 orang sehari selepas Pandemik Covid-19,” jelas Ahli Parlimen Sibuti itu.

Lukanisman bagaimanapun tidak menolak cadangan supaya poliklinik baharu dibangunkan di kawasan Teku.

“Kami tidak dapat menempatkan semula poliklinik di sana kerana jaraknya di bahagian utara Sibu. Tanah itu untuk perancangan masa hadapan. Apa yang perlu kami lakukan sekarang ialah menangani Poliklinik Jalan Oya di mana kami memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan untuk peruntukan,” tegasnya.

Terdahulu beliau melawat Hospital Sibu untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan pada siling bocor termasuk menyaksikan pemasangan mesin imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) berharga RM30 juta yang disumbangkan oleh Yayasan Jantung Sarawak.

Timbalan Menteri itu berada di sini untuk hari kedua Jelajah Borneo untuk melihat kemudahan kesihatan di negeri ini.

Turut mengiringi lawatannya ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Datuk Michael Tiang Ming Tee, ADUN Bukit Assek Chieng Jin Ek serta Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu. 

LUKANISMAN (kiri) semasa melawat Poliklinik Jalan Oya.
LUKANISMAN (dua kiri) meninjau kerja-kerja baikpulih siling bocor di hospital Sibu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU