ARTIKEL

SUKMA: E-sukan Sarawak anggap Selangor pesaing terbesar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan e-sukan Sarawak menganggap Selangor sebagai pesaing terbesar mereka dalam temasya Sukma ke-21 yang berlangsung bulan ini.
Pengurus Pasukan e-Sukan Sarawak Darren Kueh berkata, pasukannya berwaspada terhadap ancaman dari Selangor tetapi yakin kelebihan sebagai tuan rumah memberi mereka kelebihan untuk mengatasi mana-mana pasukan.
“Selangor sememangnya pesaing terbesar kami kerana semua pemain mereka mempunyai banyak pendedahan, terutamanya dalam kejohanan antarabangsa.
“Walaupun berdepan cabaran ini, kami menyasarkan tiga pingat emas terutamanya dalam acara simulasi perlumbaan dan juga podium bagi permainan lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Berkaitan persiapan pasukan, Darren berkata mereka telah bermula sejak Mac dan para atlet kini ditempatkan di pusat latihan yang ditetapkan.
“Kami menghimpunkan mereka di sini (pusat latihan) supaya dapat memberi tumpuan kepada latihan. Kami juga mengadakan perbincangan strategi dan ulasan perlawanan terdahulu dengan jurulatih mereka di pusat tersebut,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan Sarawak juga memberikan sokongan penuh untuk memastikan atlet mencapai prestasi terbaik.
“Malah, kerajaan Sarawak turut menghantar pakar pemakanan untuk memberikan suplemen kepada para atlet. Kami juga mempunyai ahli psikologi yang berinteraksi dengan atlet kami untuk memberikan ceramah motivasi,” tambahnya.
Sementara itu, mengulas industri e-sukan Sarawak secara keseluruhan, beliau berkata buat masa ini sukan tersebut masih dalam peringkat pembangunan kerana ramai atlet kurang pendedahan dalam menyertai pertandingan sama ada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.
“Berbanding menghantar pemain ke luar negara, kami cuba membawa kejohanan antarabangsa ke Sarawak, kami mahu atlet dari negara lain seperti Brunei, Indonesia dan Singapura datang ke sini dan memberi pendedahan lebih kepada atlet kami,” tambahnya.
SUKMA 2024, yang dijadualkan dari 17 hingga 24 Ogos, akan dianjurkan di sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri.
Temasya kali ini akan mempertandingkan 488 acara, merangkumi 37 sukan, terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita, dan 35 acara campuran, serta dijangka menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai.
SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 1990 dan 2016.
– Bernama

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat