SELANGOR: Penolong Ketua Kontinjen Sukma Sarawak (Kabaddi & Silambam), Rodiyah Sapiee, kagum dengan bakat serta prestasi dipamer atlet skuad kabaddi lelaki dan wanita Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026.
Menurut Rodiyah, meskipun penampilan kedua-dua pasukan terbabit gagal menghadiahkan sebarang pingat buat kontinjen Sarawak, namun kesemua atlet terbabit telah berusaha memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan diharungi.

“Pujian kepada semua atlet skuad kabaddi lelaki dan wanita. Walaupun, gagal untuk menghadiahkan pingat buat kontinjen Sarawak akan tetapi anda semua telah berusaha memberikan yang terbaik pada temasya Sukma XXII 2026,” ujar Rodiyah kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau yang juga Ahli Perlimen Batang Sadong mengakui, beliau melihat potensi besar untuk atlet yang sedia ada untuk menyerlah pada masa akan datang.
“Saya menaruh harapan yang tinggi bahawa atlet yang akan dikekal dalam skuad ini mampu lebih menyerlah pada temasya akan datang,” tambah beliau.


