ARTIKEL

Cikgu Chua Vui Kiong

Tak Tahu Berbahasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tidak kurasa pelik
mendengar borak
apek dan nyonya tua
berbahasa pelat
biar di mana-mana
atau bila-bila

Tapi hatiku pedih
melihat pekak bisu
anak muda bangsaku
makin menjadi
kerana tak tahu berbahasa
walau terbawa pelat

Chua Vui Kiong,
Bandar Bukit Tinggi, Klang,
Rabu, 21 Januari 2026

BULAN KEHILANGAN SINAR

Di telapak tangan kananmu,
ada sebuah mentari
melimpah cahaya

Di telapak tangan kirimu,
ada sebuah bulan
menakung sinaran

Kau menuding duniamu
terlalu menyilau,
lantas kaupadam nyala mentari

Suatu hari nanti
usah lagi kau tertanya-tanya,
“mengapa bulan
kehilangan sinar?”

Chua Vui Kiong,
Bandar Botanic,
4 Januari 2025.

KALENG SAYEMBARA

dalam kaleng sayembara,
trofi umpama biskut rangup
yang menjadi rebutan
tangan-tangan nan mengidam

malangnya peraturan garing
sentiasa keras tapi merapuhkan;
kadang yang berjaya direbut
hanyalah remah nan disisakan

Chua Vui Kiong
Klang,16 Februari 2026

KOPI NEUTRAL

putih susu
bergaul erat dengan hitam kopi
bakal membancuh
secawan warna neutral,
perang —
bukan peperangan

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira