ARTIKEL

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model pembelajaran mesin dan pemprosesan bahasa semula jadi (NLP).

Teknologi berkenaan membolehkan PKS untuk mengautomasikan pengekstrakan data, analisis dan proses membuat keputusan sekali gus meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Naib Presiden Kanan Serantau ASEAN dan India di Snowflake, Sanjay Deshmukh, berkata teknologi dan penyelesaian AI mampu memperkasakan perniagaan, termasuk PKS, dengan memanfaatkan kuasa data dan AI bagi memacu pertumbuhan, inovasi dan daya saing dalam industri masing-masing.

Beliau menekankan bahawa kefahaman dalam bahasa Inggeris atau bahasa mudah seperti SQL (Bahasa Pertanyaan Berstruktur) sudah memadai untuk menggunakan teknologi berkenaan secara berkesan, seterusnya menyingkirkan keperluan bagi kemahiran sains data khusus.

“Anda tidak perlu menjadi saintis data untuk menggunakan teknologi ini (AI). Anda perlu tahu bahasa Inggeris atau mungkin bahasa mudah seperti SQL, iaitu bahasa yang digunakan orang ramai untuk berinteraksi dengan data,” katanya kepada BERNAMA dalam temu bual secara maya baru-baru ini.

Baca lain  SEDC terajui perolehan kuasa, pengeluaran hidrogen

Beliau memberi gambaran dengan contoh bagaimana sebuah syarikat pembuatan di Malaysia boleh menggunakan AI untuk meningkatkan kecekapan dengan hanya bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris, seperti mengenal pasti alat ganti yang kerap rosak dan pembekalnya.

Sanjay turut melahirkan keyakinan terhadap pengetahuan AI yang semakin berkembang di Malaysia, dan meramalkan kemunculan saintis data yang akan memudahkan akses kepada cerapan data bagi perniagaan.

Berkenaan perjalanan digital Malaysia, Sanjay memuji usaha kerajaan dalam mempromosikan penggunaan AI, dan menekankan impaknya kepada perniagaan dan ekonomi.

Beliau turut menekankan potensi perniagaan untuk pengewangan data melalui kerjasama dengan industri lain, sekali gus meningkatkan aliran pendapatan.

Sanjay bagaimanapun mengakui terdapat beberapa cabaran yang menghalang penggunaan AI secara meluas dalam kalangan perniagaan di Malaysia, termasuk kekurangan kemahiran berkaitan AI, salah tanggapan tentang data dan keselamatan serta silo data. 

Beliau sehubungan itu menggesa pemilik perniagaan supaya merebut peluang kemajuan teknologi untuk lebih berdaya saing.

Sanjay memaklumkan bahawa Snowflake, yang merupakan syarikat pergudangan data berasaskan pengkomputeran awan, telah membantu perniagaan Malaysia sejak 2018 dengan menyediakan perkhidmatan penyimpanan data dan analitik berasaskan awan untuk menangani cabaran terbabit.

Baca lain  My Local Stats permudah carian statistik

Beliau menekankan usaha syarikat itu untuk membina kemahiran dan kesedaran dalam kalangan pelanggan serta rakan kongsi berkaitan penggunaan data dan AI di Malaysia. – Previnna Thuraisingam (BERNAMA)

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).