ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad

Tengkorak, tulang manusia dijumpai dalam Hutan Kledang Saiong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Satu tengkorak dan tulang manusia ditemukan di Hutan Kledang Saiong di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tengkorak dan tulang berkenaan dijumpai orang awam yang beriadah di kawasan tersebut kira-kira 11 pagi.

“Bertindak atas maklumat, pihak kami dibantu unit forensik dan unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222.– BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU