ARTIKEL

Tetap kagum aksi pemain Sarawak United FC biarpun tewas menentang Malaysia University

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak United FC, S.Balachandran tetap kagum dengan semangat juang dipamer pemainnya pada aksi ketiga menentang Malaysia University di Stadium Negeri, Petra Jaya Sabtu lalu meskipun terpaksa menerima kekalahan 2-0.

Beliau mengakui pemainya telah berusaha memberikan yang terbaik meskipun terpaksa menerima aib berterusan ekoran kekalahan Sarawak United FC.

“Pemain telah berusaha memberikan yang terbaik sepanjang saingan, dan kita akur dengan kekalahan yang dialami hujung minggu lalu,” ujar Bala kepada Arena Suara Sarawak.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Sarawak United selepas mengharungi tiga perlawanan. Tewas (3-0) menentang Harini Selangor FT di Stadium UPM Serdang (4 Mac) selain tewas (2-0) menentang Bukit Tambun FC di Stadium Mini Bertam, Pulau Pinang (11 Mac).

Apa yang menariknya menurut Bala, skuad musim ini dibarisi ramai pemain muda berusia bawah 20 tahun yang jauh kurang berpengalaman.

Saingan Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023 akan bberehat selama dua bulan dan bersambung pada bulan Mei nanti dan Sarawak United akan menentang Naga Ultimate KS FC pada 6 Mei di Stadium Negeri, Petra Jaya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU