ARTIKEL

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. – Foto Ghazali Bujang

Tiada peruntukan jelas dalam Perlembagaan mengenai hak 40 peratus untuk Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiada peruntukan yang jelas dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Sarawak menuntut geran khas 40 peratus daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub untuk Sabah.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, peruntukan Perlembagaan mengenai hak 40 peratus adalah khusus untuk Sabah dan tidak terpakai kepada Sarawak.

“Kerajaan Sarawak mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu yang mengesahkan hak Sabah terhadap perkongsian hasil 40 peratus serta kajian semula geran khas.

“Untuk makluman Dewan, terdapat peruntukan jelas dalam Perlembagaan mengenai hak 40 peratus untuk Sabah, bukan untuk Sarawak. Tiada peruntukan seumpamanya bagi Sarawak,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa meskipun keputusan itu terpakai kepada Sabah, prinsip yang terkandung di dalamnya adalah penting.

“Prinsipnya ialah Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan perlembagaan untuk menunaikan tanggungjawab kewangannya terhadap Sabah dan Sarawak, dan kewajipan ini boleh diteliti oleh kehakiman bagi memastikan ia dipenuhi dengan sewajarnya,” katanya.

Hasidah berkata, walaupun konteks Sabah adalah unik, kedua-dua negeri tetap dijamin kajian kewangan setiap lima tahun di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, katanya keputusan mahkamah tersebut mengukuhkan harapan bahawa kajian berkenaan mesti dilaksanakan segera, secara telus dan dengan penuh keikhlasan.

“Pendiri¬an Sarawak ialah Geran Khas perlu ditentukan berdasarkan formula yang adil, konsisten dan ditakrifkan dengan jelas.

“Keputusan ini merupakan satu langkah bermakna ke arah memastikan keadilan dan akauntabiliti dalam kewajipan kewangan Kerajaan Persekutuan.

“Sarawak tetap teguh mempertahankan hak perlembagaannya dan akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam kerangka Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Mengenai status rundingan berkaitan Geran Khas, Hasidah berkata proses rundingan itu masih berjalan dengan kemajuan ketara dicapai melalui sesi libat urus, perbincangan teknikal dan konsultasi untuk memperincikan formula di bawah Perkara 112D.

“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ini, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju, sebagai langkah interim, meningkatkan Geran Khas daripada RM300 juta pada 2024 kepada RM600 juta bermula 2025 untuk tempoh lima tahun.

“Walaupun kita menghargai perkembangan ini, Sarawak terus memperjuangkan formula muktamad yang adil, telus dan mencerminkan sumbangan negeri kepada negara melalui dialog dan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap semua isu MA63 yang masih tertunggak.

“Pendekatan kami adalah sistematik, bukan sahaja meneliti kandungan setiap perkara, tetapi memastikan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan disusun rapi, bersifat konstruktif dan berorientasikan hasil.

“Pasukan kami sedang giat menjalankan rundingan, perancangan dasar dan perbincangan antara kerajaan bagi memastikan semua perkara tertunggak diselesaikan secara menyeluruh,” katanya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira