Tiga geng pecah rumah di Kabong tumpas

KABONG: Tiga geng pecah rumah dan curi di Kabong diberkas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Saratok, semalam.

KPD Saratok Deputi Superintendan Mordani Tanin memberitahu, polis turut menemui kesemua barang curi seperti generator Motoyama, dapur memasak, silinder gas dan enam kipas pelbagai jenama.

Menurutnya, hasil soal siasat awal mendapati ketiga-tiga suspek mendedahkan kesemua barang yang ditemui dicuri bersabit satu laporan baru-baru ini.

Suspek yang masing-masing berusia 35, 36 dan 39 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 117 KPJ dan akan direman hari ini.

Suara Sarawak