ARTIKEL

mati lemas, tuai rumah, Nanga Makoh, Lepong Ibau, bomba, Timoty Barat, operasi SAR
Pasukan SAR membawa mayat mangsa ke Wharf Kubu untuk diserahkan kepada pihak polis.

Tuai rumah ditemukan lemas di Nanga Makoh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Seorang tuai rumah dari Lepong Ibau di sini, yang dilaporkan hilang selepas bot yang dikemudikannya karam di Nanga Makoh, Batang Rajang, pada petang Selasa lalu telah ditemukan mati lemas semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Timoty Barat, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua semalam menemukan mayat mangsa yang dikenali sebagai Bubut Benang, 57, pada jam 3.30 petang.

P2-P3: Mayat mangsa tiba di Wharf Kubu untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Mayat mangsa telah dijumpai di Nanga Makoh, iaitu betul-betul di lokasi kawasan kejadian bot karam, oleh pasukan SAR.

“Kemudian mayatnya dibawa ke Wharf Kubu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya dalam satu kenyataan petang semalam.

Menurut Timoty, anggaran jarak ke lokasi kejadian atau penemuan mayat mangsa lebih kurang 30 kilometer menggunakan laluan sungai (bot) atau 1 jam 30 minit dari bandar Kapit.

Susulan penemuan itu, Timoty memaklumkan bahawa operasi SAR ditamatkan pada jam 4.30 petang.

Dalam kejadian pada jam 5 petang Selasa lepas, mangsa dikhuatiri lemas selepas bot kaca gentian yang dipandunya terlanggar batu di tengah sungai berhampiran Nanga Makoh.

Mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang dari tapak pembinaan di Nanga Benin ke bandar Kapit bersama isteri dan seorang pekerjanya.

Isteri mangsa dan pekerjanya berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian itu namun mangsa hilang.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat